top of page
Writer's pictureNadia Rosmadi

Tips Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan



Setiap orang mempunyai bentuk badan yang tersendiri dengan mengikut pelbagai kategori bentuk badan. Pengetahuan berkenaan kategori bentuk badan yang dimiliki merupakan suatu perkara yang juga penting. Sekiranya seseorang itu mengetahui jenis bentuk badan yang dimiliki. Ia ternyata amat membantu individu tersebut dalam memilih pakaian yang sesuai.


Terdapat beberapa jenis bentuk badan yang berbeza dimiliki oleh setiap individu. Pemilihan pakaian yang tepat mengikut jenis bentuk badan akan membuatkan si pemakai kelihatan begitu anggun dan cantik. Ini kerana pakaian tersebut akan kelihatan begitu sesuai dipakai oleh pemakai.


Antara jenis bentuk badan yang ada adalah bentuk segi tiga atau ‘pear’, segi tiga terbalik, bentuk jam pasir, berbentuk berlian, bentuk bujur telur dan bentuk segi empat. Setiap jenis bentuk badan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bagi memudahkan setiap individu mengetahui apakah jenis bentuk badan yang dimiliki.


1. Bentuk segi tiga atau ‘pear’

Individu dengan badan berbentuk seperti buah pear mempunyai saiz pinggal yang lebih besar daripada dada dan mempunyai pinggang. Mereka dengan badan berbentuk buah pear perlu memakai pakaian dengan pelapik bahu yang akan membuatkan bahu mereka kelihatan lebih luas.


Dinasihatkan untuk tidak memakai skirt dan blaus yang labuh kerana ia akan membuatkan pemakai kelihatan lebar. Warna yang sesuai adalah warna yang cerah pada bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah.


2. Bentuk segi tiga terbalik

Individu yang mempunyai saiz dada yang lebih besar daripada pinggul dikategorikan dalam badan berbentuk segi tiga terbalik kerana bahagian atas badan lebih besar dari bawah. Badan berbentuk segi tiga terbalik disyorkan untuk memilih skirt bergaris A, bertekstur garang dan juga corak garis mendatar. Ini adalah untuk menyeimbangkan bentuk badan mereka.


Disarankan mereka yang berada dalam kategori ini untuk mengenakan seluar labuh ataupun palazzo dan blaus berkolar yang luas. Pakaian bercorak garis menegak dengan fabrik yang halus ternyata amat membantu. Warna yang gelap atau neutral amat sesuai untuk dikenakan pada bahagian atas badan, namun elakkan memakai pakaian dengan corak yang menyerlah.


3. Bentuk jam pasir

Tubuh badan berbentuk jam pasir merupakan bentuk tubuh badan yang sempurna kerana ukuran dada dan pinggul hampir sama. Perbezaan di antara ukuran pinggang dengan dada dan pinggulnya adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) kecilnya.


Bagi individu badan berbentuk jam pasir, anda boleh memakai apa sahaja jenis pakaian mengikut citarasa fesyen anda. Pakaian dari fabrik yang lembut dan beralun akan menyerlahkan lagi diri anda. Dari segi warna, kebanyakan warna bersesuaian dengan anda.


4. Bentuk berlian


Tubuh badan berbentuk belian adalah saiz pinggul dan perut lebih besar daripada bahagian dada. Dinasihatkan untuk elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna cerah dan juga dengan corak yang menyerlah. Digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna gelap dengan corak sederhana.


Untuk membuatkan individu kategori ini kelihatan kurus, tambahan aksesori labuh di bahagian leher sangatlah membantu. Memakai vest yang terbuka turut dapat memberikan efek kurus kepada mereka. Namun sekiranya ingin memakai gaun, dinasihatkan untuk memakai gaun tanpa pinggang.


5. Bentuk bujur telur


Badan berbentuk bujur telur ini dapat dilihat pada indidvidu yang tubuh badannya kelihatan bujur seperti telur. Badan berbentuk bujur telur sesuai untuk memilih pakaian yang bergaris leher berbentuk V. Pakaian yang mempunyai corak garis menegak dan geometri sederhana amatlah bersesuaian.


Warna yang neutral ternyata lebih sesuai dikenakan oleh individu dengan tubuh badan berbentuk bujur telur berbanding warna cerah ataupun gelap. Sekiranya ingin memakai kasut bertumit tinggi, disarankan untuk memilih kasut yang bertumit sederhana tinggi sahaja. Tambahan aksesori yang berwarna warni turut dapat mengalih tumpuan orang ramai daripada bentuk tubuh badan.


6. Bentuk segi empat

Individu yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun tidak mempunyai bentuk pinggang dikategorikan sebagai individu bertubuh bentuk segi empat. Mereka yang mempunyai tubuh bentuk segi empat sebaiknya mengenakan pakaian yang mempunyai bentuk pelapik pada bahaguan bahu dan diperbuat daripada fabrik yang lembut.


Seluar dan baju yang dipakai tidak seharusnya begitu ketat dan seharusnya memilih pakaian yang lebih tertumpu pada bahagian bahu untuk membuatkan pemakai kelihatan lebih cantik. Pemilihan warna noda senada amat sesuai untuk pemakai dengan badan berbentuk segi empat.


Recent Posts

See All

Comments


  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube
bottom of page