OOTD merupakan singkatan bagi ‘Outfit Of The Day’. OOTD seolah-olah telah menjadi seperti kewajipan untuk setiap orang merakamkan detik-detik mereka bersama dengan fesyen pakaian yang mereka gayakan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan, keluarga dan umum.
Walaupun OOTD ini telah sebati dengan kehidupan masyarakat kini, namun masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana cara untuk posing dengan betul bagi membuatkan subjek di dalam gambar OOTD yang diambil akan kelihatan lebih cantik dan menarik.
Di sini Dmimi ingin berkongsikan dengan para pembaca tips OOTD yang boleh diikuti bagi mendapatkan gambar yang cantik. Ini kerana gambar yang dapat membuatkan seseorang kelihatan cantik semestinya menjadi idaman setiap orang.
1. Melebarkan kaki
Melebarkan kaki merupakan salah satu pose yang boleh dibuat semasa OOTD. Kamera yang digunakan juga haruslah dalam sudut menegak bagi membolehkan keseluruhan pakaian dapat dilihat. Untuk membuatkan anda kelihatan lebih tinggi dan ideal, anda boleh mendongakkan sedikit sudut kamera.
2. Meletakkan tangan di poket
Bagi individu yang gemarkan gaya hipster dan lebih bergaya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh meletakkan tangan di poket ketika bergambar. Pose sebegini sangat sesuai mereka yangt ingin kelihatan lebih masukulin. Bukan lelaki Sahaja boleh pose sebegini, malah perempuan juga boleh.
3. Menghayunkan beg tangan
Seorang wanita yang feminine semestinya merasa tidak lengkap sekiranya tidak membawa bersama beg tangan ketika keluar. Ini kerana beg tangan seolah-olah seperti pelengkap kepada fesyen mereka pada hari tersebut. Jadi bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini boleh mengambil gambar candid dengan menghayunkan beg tangan. Bagi yang bergaya kasual juga boleh mencuba pose ini.
4. Pegang cermin mata
Pose sebegini merupakan pose yang paling jarang dibuat oleh golongan wanita. Namun begitu anda boleh mula mencuba mengambil gambar dengan pose menyentuh cermin mata yang sedang dipakai bagi menghasilkan gambar yang kelihatan begitu elegan. Pose sebegini memerlukan keyakinan yang agak tinggi untuk melakukannya.
Itu sahaja tips berkenaan pose OOTD yang Dmimi ingin kongsikan pada kali ini. Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu para pembanca dan diamalkan bagi membolehkan gambar-gambar yang cantik dihasilkan.
Sumber:
Comments