Pada 1 Januari yang lalu, Team Dmimi telah memulakan tahun baru 2022 dengan aktiviti riadah yang sememangnya baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Team Dmimi pada saat akhir telah membuat keputusan untuk melaksanakan aktiviti mendaki.
Setelah perbincangan dijalankan, kata sepakat telah dibuat dimana kesemua Team Dmimi telah sebulat suara bersetuju untuk mendaki Bukit Limau yang berlokasi di Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, kedah. Maka segala persiapan saat akhir telah dilakukan bagi memastikan aktiviti ‘hiking’ yang bakal berlangsung keesokan harinya dapat berjalan dengan lancar.
Pada pagi 1hb Team Dmimi yang berkelapangan telah berkumpul di hadapan pejabat urusan Dmimi seawal jam 7 pagi sebelum bertolak ke lokasi yang telah ditetapkan. Sebaik sahaja semua telah tiba di hadapan pejabat urusan Dmimi. Pada jam 7.18 pagi, Team Dmimi telah bertolak bersama-sama menaiki kenderaan bermotor ke Bukit Limau.
Kesemua Team telah tiba di kaki Bukit Limau pada jam 7.30 pagi. Sebelum memulakan aktiviti mendaki, Team Dmimi tidak lupa untuk melakukan regangan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap Team Dmimi seperti kekejangan dan sebagainya.
Mendaki Bukit Limau yang setinggi 616 kaki itu tidaklah semudah seperti yang disangkakan. Walaupun mempunyai trek untuk mendaki, namun kecerunan bukit tersebut membuatkan pendakian itu terasa begitu mencabar tambahan pula tidak semua dari Team Dmimi merupakan seorang yang gemar melakukan aktiviti sebegini. Namun mereka tetap bersemangat sepanjang perjalanan menuju ke atas bukit tersebut.
Pelbagai cabaran perlu mereka hadapi sepanjang perjalanan menuju ke puncak kerana pendakian itu bukanlah suatu yang mudah. Dan banyak perkara yang tidak dijangka juga mungkin boleh berlaku. Oleh itu persediaan dari segi fizikal dan mental sangatlah penting. Ini kerana tanpa fizikal dan mental yang saling menyokong, tidak mungkin seseorang itu mampu untuk sampai ke puncak bukit itu.
Sama juga seperti Team Dmimi, disangkakan perjalanan menaiki Bukit Limau itu akan berjalan dengan lancar. Namun tetap juga terselit dengan beberapa cabaran yang harus mereka hadapi bersama-sama. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Team Dmimi adalah seperti tapak kasut tercabut, team yang ingin menyerah dan banyak lagi. Namun dengan adanya sokongan daripada Team yang lain, mereka dapat atasinya dan tiba di atas bukit itu dengan jayanya.
Team Dmimi tiba di atas Bukit Limau itu pada jam 8.34 pagi. Masa selama hampir 50minit diambil untuk kesemua Team Dmimi tiba di atas Bukit Limau itu. Itu merupakan kejayaan yang besar kepada Team Dmimi kerana setiap dari mereka yang menyertai aktiviti yang dijalankan pada tahun baru itu berjaya untuk sampai ke puncak bukit tersebut walau pelbagai halangan perlu untuk mereka harungi.
Sebaik tiba di atas, kesemua mereka berehat sebentar sebelum mengamati indahnya ciptaan tuhan yang Maha Esa. Betapa besarnya keagungan Allah S.W.T iaitu pencipta sekian alam. Ini kerana keindahan alam dari atas Bukit Limau kelihatan begitu cantik dan menenangkan jiwa. Segala kepenatan mendaki sebelum tiba di atas puncak tersebut seakan hilang begitu sahaja sebaik sahaja dapat melihat pemandangan indah dari atas bukit itu.
Ramai Team Dmimi yang mengambil peluang tersebut untuk berswafoto beramai-ramai dan merakamkan detik-detik dan juga alam sekitar yang kelihatan begitu indah dari atas bukit tersebut. Team Dmimi juga tidak lupa untuk merakamkan kenangan mereka beramai-ramai di atas bukit itu sebelum bergerak turun semula ke bawah untuk pulang.
Sebelum pulang, pengasas dan pengurus Dmimi telah bermurah hati untuk berkongsi rezeki bersama Team Dmimi. Dengan itu kesemua mereka telah pergi untuk menjamu selera di salah satu warung makan yang beroperasi di Parit Kasa, Parit Buntar Perak sebelum kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing.
Aktiviti mendaki ini merupakan aktiviti pembuka bagi tahun baru 2022 yang yang telah berjaya Dmimi laksanakan. Sambutan yang positif diberikan oleh keseluruhan Team Dmimi juga merupakan sesuatu yang amat memberangsangkan. Kemungkinan selepas ini Dmimi akan hadir dengan lebih banyak aktiviti yang menarik.
Comments