Untuk pengetahuan semua, butik Dmimi telah beroperasi di Pusat Bandar Parit Buntar sejak pada tahun 2013 sehingga kini. Sebelum ini, pejabat pengurusan Dmimi dan juga gudang untuk menempatkan kesemua stok produk Dmimi turut terletak di Parit Buntar, Perak.
Namun kini, pejabat pengurusan Dmimi telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu di Pusat Perniagaan Pekaka Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Lokasi baru ini masih lagi berdekatan dengan Parit Buntar.
Walaupun pejabat pengurusan telah berpindah, butik Dmimi masih lagi beroperasi seperti biasa di Pusat Bandar Parit Buntar. Butik masih kekal beroperasi di tempat biasa dan tidak turut sama berpindah. Hanya pejabat pengurusan sahaja yang berpindah lokasi.
Tujuan perpindahan pejabat pengurusan ini adalah untuk menambahbaik pejabat pengurusan dan menghasilkan sistem yang lebih sistematik. Di samping dapat memberikan keselesaan kepada para pekerja yang bertugas di pejabat pengurusan.
Pejabat pengurusan yang baru ternyata lebih luas dan selesa. Kesemua pekerja juga merasa lebih selesa dan gembira dapat bekerja di temoat baru dengan suasana baru yang lebih positif. Ini membuatkan semua merasa lebih bersemangat untuk bekerja.
Di Pusat Perniagaan Pekaka Indah ini, Encik Shaharil iaitu pengurus Dmimi telah membeli sebanyak empat buah lot kedai di bahagian atas dan juga bawah. Pejabat pengurusan Dmimi di tempatkan di bangunan atas manakala bahagian bawah dijadikan sebagai gudang penyimpanan stok dan operasi.
Pasukan jualan, pemasaran, kemasukan data dan lain-lain ditempatkan di bahagian pejabat atas. Manakala pasukan operasi di gudang simpanan stok Dmimi. Ini bagi memudahkan lagi urusan mereka untuk mencari baju yang telah dibeli oleh pelanggan dan menjalankan proses pembungkusan di gudang Dmimi.
Mereka turut merasa selesa dapat bekerja di gudang yang baharu yang lebih luas dan lebih mudah juga untuk mereka mencari stok kerana susunan stok pakaian Dmimi di gudang baru ternyata lebih tersusun dan sistematik.
Perpindahan pejabat pengurusan Dmimi ini merupakan salah satu langkah besar yang diambil oleh pihak atasan untuk mengembangkan lagi Dmimi ini dengan harapan lebih banyak impak yang besar penghasilan jualan juga ternyata lebih memberangsangkan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak semua orang sanggup untuk mencabar diri dengan membuat satu keputusan yang besar untuk perniagaan yang telah lama dijalankan. Ini kerana setiap keputusan yang diambil sememangnya bersama dengan risiko yang amat besar.
Namun begitu, setiap usahawan yang ingin meraih kejayaan dalam perniagaan tidak akan sesekali merasa takut untuk berhadapan dengan risiko. Ini kerana setiap risiko itu hanyalah satu ujian kecil sahaja yang perlu diatasi sebelum dapat memperoleh kejayaan yang besar.
Commentaires