Bagi industri fesyen, material kain merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu diutamakan bagi menghasilkan pakaian yang berkualiti serta dapat memenuhi citarasa pengguna. Oleh itu pemilihan material yang tepat bagi setiap rekaan pakaian perlu sentiasa diberikan tumpuan yang lebih kerana material akan turut menentukan tahap kesukaran untuk menjahit suatu rekaan pakaian dan dapat menaikkan pesona pakaian itu.
Terdapat pelbagai jenis material yang ada serta digunakan untuk menghasilkan pakaian dengan pelbagai jenis rekaan. Setiap material tersebut turut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun akhirnya akan tetap bergantung kepada pereka fesyen jenis material apa yang mereka ingin gunakan bagi menghasilkan pakaian.
Disini ingin dikongsikan beberapa jenis material pakaian yang sering kali diguna pakai oleh pereka fesyen dan amat sinonim dengan pengguna. Ini kerana material-material ini lebih mudah didapati dan begitu memenuhi citarasa pengguna di negara ini. Antaranya adalah cotton, crepe dan juga chiffon yang bukan sahaja dibuat pakaian malah tudung juga menggunakan material ini.
Cotton
Cotton merupakan kain yang diperbuat daripada serat kapas. Oleh itu material cotton sering menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Tambahan pula material ini dapat menyerap peluh dan amat sesuai dengan cuaca panas dan lembab di Malaysia.
Material jenis cotton ini banyak digunakan untuk menghasilkan blouse, jubah dan banyak lagi. Permukaan kain yang lembut membuatkan material ini tidak merasa panas apabila dipakai. Namun begitu, material jenis ini akan rosak sekiranya direndam melebihi 2 jam.
Material cotton ini turut mempunyai pelbagai jenis antaranya adalah cotton Jepun, cotton Paris, cotton silk, cotton minyak dan cotton biasa. Setiap daripada jenis cotton ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Namun bergantung kepada pereka fesyen sendiri ingin menggunakan material cotton jenis apa untuk dihasilkan pakaian.
Crepe
Crepe pula merupakan material yang nipis dan lembut. Material crepe ini diperbuat daripada sutera membuatkan ramai kaum wanita amat menggemari pakaian yang menggunakan material crepe. Material crepe juga amatlah ringan, namun begitu material ini tidaklah jarang serta sesuai dijadikan pakaian.
Material crepe turut mempunyai beberapa jenis crepe contohnya seperti mos crepe, como crepe, soft crepe dan beberapa lagi. Crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain.
Hampir kesemua pakaian yang dihasilkan dari butik Dmimi menggunakan material como crepe iaitu material yang telah dicampur dengan sedikit polyster bagi membuatkan material itu menjadi sedikit keras dan perlu digosok. Material ini agak menjadi pilihan ramai pada masa kini untuk dijadikan sebagai pakaian termasuk jubah Muslimah.
Chiffon
Chiffon merupakan kain yang lembut, beralun serta ringan. Namun begitu material jenis chiffon ini jarang membuatkannya boleh tembus cahaya. Oleh itu material ini sering diletakkan lapisan lain di bahagian dalam bagi mengelakkan menampakkan bentuk badan si pemakai.
Material jenis chiffon ini mudah renyuk namun begitu amat cantik jika dipakai kerana material ini jenis yang jatuh cantik mengikut bentuk badan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian tradisional dan moden.
Terdapat juga beberapa koleksi pakaian dari butik Dmimi yang dikenakan kombinasi bersama dengan material chiffon ini. Seringkali Dmimi menggunakan kain chiffon ini sebagai kain tambahan untuk menambah penyeri pada beberapa koleksi pakaian Dmimi. Ada yang dijahit pada hujung pergelangan tangan dan ada juga yang dijadikan sebagai renda pada bahagian dada baju.
Itu sahaja perkongsian dari Dmimi mengenai jenis material pakaian pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan para pembaca blog Dmimi.
Sekian, terima kasih.
Comments