Baju kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat melayu pada zaman dahulu yang telah dibawa sehingga ke masa kini. Bukan sekadar baju tradisional, malah baju kurung turut dijadikan sebagai pakaian di majlis keramaian dan juga rasmi sehingga kini.
Baju kurung telah dipopularkan pada abad ke-19 semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar, iaitu sultan Johor ketika itu. Baju kurung juga telah menjadi popular semasa islamisasi Malaysia pada tahun 1970an dan 1980an.
Terdapat pelbagai jenis kurung yang ada dalam pasaran daripada kurung jenis tradisional sehinggalah ke kurung modern. Setiap jenis baju kurung mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dmimi yang merupakan syarikat fesyen turut menjadikan baju kurung sebagai produk utama keluaran syarikat.
Antara jenis-jenis baju kurung yang boleh didapati di Dmimi.
1. Kurung moden
Kebanyakan baju kurung yang terdapat di Dmimi merupakan baju kurung moden. Baju kurung moden ini merupakan baju kurung yang telah diberi sentuhan baru yang lebih segar serta mengikut fesyen yang terkini. Namun begitu, sebahagian daripada gaya tradisional baju kurung tersebut masih lagi dikekalkan agar tidak hanyut ditelan zaman.
Baju kurung moden masih kelihatan sama seperti mana kurung tradisional. Namun sedikit sentuhan baru telah diberikan untuk memberikan gaya yang kelihatan lebih styish dan moden pada baju kurung. Kain bajunya sedikit singkat berbanding kurung tradisional dan terdapat potongan pada bahagian pinggang yang memberikan efek bentuk badan pada pemakai.
2. Kebaya
Baju kebaya merupakan pakaian khas tradisional bagi masyarakat Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Baju yang berasal dari kaum baba nyonya ini diperbuat utamanya daripada kain kasa dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional lain seumpamanya seperti songket dengan motif pelbagai corak dan warna.
Kini kebaya juga tidak ketinggalan daripada diberikan sentuhan moden untuk membuatkan kebaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Oleh itu Butik Dmimi turut tidak ketinggalan untuk mengeluarkan kebaya sebagai salah satu produk mereka. Setiap design kebaya yang dikeluarkan begitu mengikut peredaran masa untuk menambat hati para pelanggan.
3. Kebarung
Kebarung merupakan kombinasi di antara baju kebaya dan baju kurung. Boleh dilihat dengan jelas kebarung berbentuk seperti kebaya namun begitu saiznya sama seperti baju kurung. Kebarung bukanlah pakaian tradisional masyarakat melayu suatu ketika dahulu, namun ia merupakan ciptaan masyarakat melayu moden.
Baru-baru ini Butik Dmimi turut telah mengeluarkan kebarung yang diberikan nama sebagai Kebarung Rossa yang bercorak jalur dengan kombinasi warna-warna moden yang menarik. Terdapat lima pilihan warna bagi kebarung Rossa yang terdapat di Dmimi. Material yang digunakan juga berkualiti tinggi.
4. Mini kurung
Mini kurung merupakan salah satu kurung moden yang telah diberikan sentuhan moden oleh para pereka fesyen untuk membuatkan kurung tersebut lebih sesuai mengikut citarasa fesyen moden dan terkini. Ramai peminat mini kurung merupakan golongan muda remaja.
Mini kurung masih sama rekaannya seperti mana baju kurung. Namun apa yang membuatkannya digelar sebagai mini kurung adalah kerana reka bentuknya yang lebih kecil daripada kurung biasa. Labuh baju mini kurung agak singkat dan pinggang dan kainnya juga agak kecil mengikut bentuk badan.
5. Kurung Kedah
Kurung Kedah merupakan pakaian yang berasal daripada selatan Thailand berdekatan dengan kawasan negeri Kedah. Ini merupakan pakaian tradisi masyarakat dari negeri Kedah. Kurung Kedah agak sedikit berbeza dengan kurung lain.
Kurung Kedah sama seperti baju teluk belanga dimana ia mempunyai leher bulat, dan bajunya juga agak singkat dan mempunyai dua poket di bahagian hadapan membuatkan ia kelihatan seperti baju melayu teluk belanga. Kainnya masih sama seperti baju kurung yang lain.
Comments