Seperti makluman semua pembaca blog Dmimi, pejabat pengurusan Dmimi telah berpindah lokasi seperti yang telah dimaklumkan dalam penulisan sebelum ini. Dimana pejabat sebelum ini yang bertempat di Pusat Bandar Parit Buntar, telah berpindah ke Nibong Tebal. Tujuan perpindahan ini adalah untuk menyeragamkan lagi bahagian pengurusan Dmimi di samping Dmimi yang semakin hari semakin maju.
Sepanjang tempoh perpindahan ini, banyak aktiviti yang dilakukan sebelum membolehkan Pejabat Pengurusan dan juga Gudang Dmimi dapat beroperasi seperti sediakala. Ini juga bagi memastikan kesemua pekerja Dmimi dapat menjalankan tugas masing-masing dalam keadaan yang selesa.
Tempoh selama seminggu diperlukan untuk mengangkut peralatan pejabat dan juga stok dari pejabat dan Gudang lama ke pejabat yang baru. Ini kerana stok produk Dmimi bukanlah dalam jumlah yang sedikit. Malah turut memakan masa untuk membawa kesemuanya ke pejabat pengurusan dan Gudang Dmimi yang baru.
Pengasas dan pekerja Dmimi turut berganding bahu bersama-sama bergotong royong untuk mengemas kedua-dua pejabat. Awalnya, kesemua mereka mengemaskan segala peralatan dan perabot yang berada di pejabat lama terlebih dahulu. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengumpulkan segala dokumen penting ke dalam satu kotak bagi memastikan dokumen-dokumen itu tidak hilang.
Perabot seperti meja dan kerusi turut dibuka bagi memudahkan lagi urusan untuk mengangkut setiap barang ke pejabat yang baru. Setiap papan kenyataan yang ada turut dicabut daripada dinding untuk dibawa ke pejabat yang baru. Terdapat juga beberapa pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan segala habuk dan kotoran yang ada bagi memastikan pejabat yang lama ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan baik.
Pada hari pertama di pejabat baru, kesemua pekerja Dmimi bersama-sama bergotong royong mengemas pejabat pengurusan yang baru. Setiap orang diberikan tugas masing-masing untuk memastikan aktiviti mengemas pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancar. Ada yang membuka barang-barang yang telah diangkut untuk digunakan di ofis baru dan terdapat juga beberapa yang lain membantu menyusun kerusi meja dan mengvakum lantai supaya lebih bersih.
Sebaik sahaja selesai mengemas di bahagian pejabat pengurusan, kesemua pekerja Dmimi turun pula ke Gudang Dmimi untuk membantu bahagian operasi mengemas dan membersihkan Gudang termasuk menyusun stok barangan yang ada. Proses untuk membersih dan meyusun stok di Gudang memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memakan masa yang agak lama. Namun begitu, ia tidak menjadi penghalang untuk setiap daripada kami untuk melakukannya bagi memastikan segalanya dapat berjalan dengan lancar serta bahagian operasi juga dapat menjalankan tugas mereka seperti sediakala.
Awalnya kami menyusun rak terlebih dahulu supaya aktiviti menyusun stok akan menjadi lebih mudah kerana rak sudah tersedia. Kemudian kesemua pekerja dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyusun semula pakaian mengikut kategori pakaian yang dikeluarkan oleh Dmimi.
Setelah setiap pakaian di asingkan dan disusun semula di dalam plastik agar lebih kemas, stok beg pakaian itu mula disusun ke atas rak mengikut kategori yang telah ditetapkan. Ini supaya pada masa akan datang, stok akan lebih mudah untuk dicari oleh bahagian operasi ketika menjalankan tugas mereka mencari pakaian yang dibeli oleh pelanggan Dmimi.
Terdapat juga yang memegang tanggungjawab untuk menyapu lantai, mengutip sampah serta membersihkan tandas agar semua orang lebih selesa untuk berada di Gudang tersebut dan menggunakan tandas. Ini kerana kebersihan itu juga melambangkan peribadi seseorang.
Pengasas dan pengarah urusan Dmimi turut menyediakan makanan tengahari kepada para pekerja yang telah bertungkus lumus seharian membantu untuk membersihkan dan mengemas pejabat urusan serta Gudang yang baru. Pada tengahari itu, kesemua pekerja Dmimi menjamu selera makan tengahari secara beramai-ramai sebelum menyambung tugasan masing-masing.
Tempoh untuk mengemaskan Gudang Dmimi tidak mengambil masa sehari sahaja untuk diselesaikan, malah ia memakan hari juga untuk benar-benar kemas sehingga bahagian operasi dapat menjalankan tugas mereka tanpa sebarang masalah seperti tidak menjumpai stok atau sebagainya.
Namun begitu setiap daripada pekerja Dmimi masih tetap komited bersama-sama menjalankan tugas mengemas itu setiap hari sehingga selesai. Kini, pejabat pengurusan dan Gudang Dmimi telah dapat beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah kerana segala tugas untuk mengemas stok di Gudang dan pejabat urusan telah selesai dengan jayanya.
Comentarios